Sebelum ini kita sudah mendengar laporan tentang WhatsApp yang bakal menyokong sokongan pelbagai peranti.
Maklumat terbaharu mengenai fungsi ini adalah pengguna boleh log masuk ke 4 peranti yang lain yang boleh digunakan untuk mengakses akaun WhatsApp secara serentak.
Yes, it's the ability to use your WhatsApp account from 4 devices at the same time.
Under development, but it's great!📱📱📱📱 pic.twitter.com/JYvtMahrag
— WABetaInfo (@WABetaInfo) June 12, 2020
Untuk menjayakan ciri ini, WhatsApp akan menambah fungsi penyelarasan rekod perbualan antara kesemua peranti yang dilog masuk.
Namun menariknya, sumber laporan mengatakan WhatsApp juga sedang membangunkan kaedah untuk memindahkan rekod perbualan dari iOS ke Android.
Jika, sebelum ini, umum mengetahui pengguna perlu bergantung kepada perisian pihak ketiga untuk memindahkan perbualan dari iOS ke WhatsApp dan sebaliknya.
Sama seperti laporan-laporan sebelum ini, tiada tarikh rasmi mahupun jangkaan bilakah pengguna akan menerima fungsi-fungsi terbaharu ini.
Sumber: Wabetainfo