Semakin hari semakin banyak fungsi yang dibawa masuk ke dalam aplikasi permesejan popular, WhatsApp.
Terbaru, WhatsApp kini menawarkan fungsi untuk mengawal kelajuan (playback speed) bagi setiap mesej berbentuk audio (audio message) dihantar.
Baca juga – Cara Keluar Dari Grup WhatsApp Tanpa Disedari Ahli Lain
Melaluinya, pengguna boleh memilih kelajuan dengan menekan label “1.0x” pada mesej tersebut kepada 1.5x hingga 2.0x.
📝 WhatsApp beta for Android 2.21.6.11: what’s new?
WhatsApp is working on 3 different playback speeds for voice messages, with a nice UI!
The feature is under development and it will be available later for iOS and Android beta builds.More details: https://t.co/pO1GAVIL8l pic.twitter.com/it4MlwCIyB
— WABetaInfo (@WABetaInfo) March 18, 2021
Oleh itu, anda tidak lagi perlu menunggu masa yang lama bagi mendapatkan maklumat daripada mesej yang dihantar itu.
Baca juga – Cara Kurangkan Ruang Storan Yang Diambil WhatsApp Di Telefon
Manakan tidak, setiap manusia mempunyai pelbagai ragam. Ada yang suka bercakap laju, ada juga yang bercakap dengan nada yang amat perlahan atau sepatah-sepatah.
Setakat ini, kemas kini di App Store dan Play Store sudah pun menyatakan ciri tersebut. Namun, anda bakal menerima fungsi ini dalam masa terdekat.
Sumber: Wabetainfo
Foto utama: Wabetainfo