WhatsApp sudah mula melepaskan kemas kini baharu dimana ia menawarkan fungsi mengubah kelajuan mesej audio yang dihantar.

Fungsi tersebut amat membantu terutama bagi mesej berbentuk audio yang panjang. Secara tidak langsung, penerima dapat menjimatkan masa ketika memainkannya.

Cara untuk mengubah kelajuannya amat mudah, klik sahaja “play” dan klik pada “1x” kepada kelajuan yang diingini, sama ada 1.5x sehingga 2x.

Pada pendapat kami, kelajuan “2x” sememangnya memerlukan pendengaran yang cemerlang memandangkan ia amat laju.

Sekiranya anda tidak dapat melihat fungsi ini, pastikan WhatsApp dikemaskini kepada versi yang terkini.