Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan amaran tentang penyebaran berita palsu berkenaan Permohonan i-Sinar yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas WhatsApp.

Mesej tersebut yang kononnya daripada pihak KWSP berbunyi seperti ini,

“KWSP akan membuka permohonan i-sinar 2.0 bermula pada 15 Jun 2021 setelah selesai pembayaran i-sinar 1.0 yang dijadualkan akan berakhir pada minggu ke-2 pada bulan ini.”

Dalam mesej palsu itu juga meminta pemohon mengemas kini maklumat di dalam i-akaun masing=masing dan klik pada pautan yang diberikan.

Baca juga: Cara Membuat Permohonan Untuk Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar

Mesej palsu itu berbeza dengan apa yang ditegaskan oleh pihak KWSP.

KWSP menegaskan bahawa permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 lalu adalah masih dibuka kepada ahlinya sehingga 30Jun 2021.

Sehubungan itu, KWSP mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsikan maklumat yang tidak sahih.

Kepada mereka ada menerima mesej itu pula, jangan mudah terpedaya dan pantas sahaja klik pada pautan yang diberikan. Mesej-mesej palsu seperti ini adalah salah satu teknik penipuan phishing bagi memperdaya orang ramai.

Sumber: KWSP