Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Wanita Lebih “Romantis” Bersama Telefon Pintar Berbanding Dengan Pasangan – Kajian

Posted on Februari 2, 2023

Menurut hasil kajian yang dikongsikan oleh laman SellCell, pengguna lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama dengan telefon pintar berbanding masa yang diluangkan untuk pasangan mereka.

Menurut kajian itu, 71% pengguna menghabiskan lebih banyak masa dengan telefon pintar berbanding bersama pasangan.

Malah didapati 78% wanita banyak menghabiskan masa bersama telefon pintar. Sementara lelaki pula hanya 64% sahaja melakukan perkara yang sama.

Wanita juga didapati lebih sanggup mengganggu saat mesra ketika bersama pasangan semata-mata bagi melihat telefon pintar berbanding lelaki.

Selain itu, kajian itu juga mendedahkan bahawa 30% pengguna lebih suka bercakap dengan pasangan mereka melalui telefon pintar, walaupun ketika pasangan berdua berada di dalam rumah yang sama.

{suggest}

Sumber: SellCell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress