Menurut kajian yang dijalankan oleh laman analisis NowSourscing, sebanyak 95 juta unit telefon pintar di di Amerika Syarikat (A.S) mengalami kerosakan setiap tahun.

Kerosakan itu pula berpunca daripada kelalaian penggunanya sehingga menyebabkan setiap saat akan berlakunya 2 insiden skrin telefon pintar retak di A.S akibat insiden terjatuh.

Malah kaji selidik oleh laman itu juga mendapati, pengguna yang pernah merosakkan telefon pintar mereka 2 kali berpotensi akan mengulanginya lagi.

Malah kaji selidik itu turut mendedahkan, 62% pengguna telefon pintar wanita di sana lebih kerap merosakkan peranti mereka berbanding lelaki yang hanya 55% sahaja kerap merosakkan telefon pintar mereka.

Lokasi insiden melibatkan telefon pintar pula didapati kerap kali berlaku di tempat parkir kereta (32%), tempat kerja (17%), kolam renang atau berpunca daripada air (9%) dan ketika melakukan aktiviti fizikal (8%).

Sumber: NowSourscing