Jenama terkemuka dalam konsol permainan, Sony mengumumkan bahawa PlayStation 5 (PS5) berjaya dijual sebanyak 10 juta unit setakat 18 Julai 2021, iaitu 8 bulan selepas ia dilancarkan tahun lalu.

Biarpun stok konsol generasi baharu tersebut amatlah terhad, tetapi ia masih mempunyai permintaan yang sangat tinggi sehingga kini. Antara faktor utama adalah perkakas yang terkini seperti SSD, alat kawalan DualSense, sokongan resolusi serta penyegaran tinggi dan banyak lagi.

Dalam kenyataan Sony, mereka berpendapat angka jualan boleh mencecah 22.6 juta unit sebelum 10 November ini meskipun konsol itu susah untuk dimiliki.

Sebagai perbandingan, PlayStation 4 (PS4) mempunyai jumlah jualan sebanyak 7.8 juta pada tahun pertama ia dilancarkan. Nampaknya, mungkinkah PS5 bakal menjadi konsol paling banyak dijual sepanjang zaman dan mengalahkan keluaran mereka sendiri menerusi PS2, iaitu sebanyak 155 juta unit.

Dalam pada itu, PS5 sebenarnya masih belum banyak judul permainan eksklusif dikeluarkan lagi. Akan tetapi yang menariknya, permainan PS4 boleh dimainkan pada PS5 dan sesetengah permainan tersebut dapat menerima naik taraf dari segi kadar bingkai (frame rates).

Sumber: Sony

Foto utama: Sony

Baca juga artikel berkaitan: