Dalam laporan Mobile Network Experience Report yang diterbitkan oleh OpenSignal baru-baru ini, mereka menobatkan rangkaian mudah alih 4G oleh Celcom sebagai penyedia rangkaian mudah alih 4G kedua terbaik di Malaysia dengan skor markah sebanyak 8.9/10.

 

Kedudukan ini sekaligus menjadikan Celcom kekal sebagai ketersediaan 4G dan kepuasan liputan 4G terbaik di Malaysia sama sepertimana tahun lalu.

Cuma untuk tahun ini, bagi ketersediaan rangkaian 4G, Celcom dan Unifi  memenanginya secara bersama dengan masing-masing memperoleh skor sebanyak 89.4% dan 89.6%.

Pada tahun ini, Unifi menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu di mana Unifi hanya menerima skor sebanyak 83.7% sahaja.

Walaubagaimanapun, sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan rangkaian 4G, Yes (a 4G-only operator) adalah pemenang utama dengan skor yang diberikan oleh OpenSignal adalah di antara 95.8% hingga 99.3% meliputi seluruh Malaysia.

Yes menguasai ketersediaan liputan 4G di 12 buah negeri di Malaysia.

Sumber: OpenSignal

Baca juga: Opensignal – Prestasi Rangkaian Terbaik Dan Terburuk Di Malaysia Mengikut Statistik Terkini

DiGi Adalah Rangkaian Terbaik Untuk Panggilan Video Berkumpulan Di Malaysia – OpenSignal

Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia

Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia Penggunaan Data Mudah Alih