Akhirnya, vivo Y21T dirasmikan untuk pasaran tempatan dengan tanda harga RM899. Telefon ini menggunakan cip 6nm Snapdragon 680, mempunyai RAM sebesar 6GB dan storan 128GB.
RAM maya boleh ditambah setinggi 2GB manakala baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 18W.
Bagi ‘mata’ di belakang, vivo Y21T dilengkapkan 3 kamera iaitu lensa utama 50MP, bokeh 2MP dan makro 2MP. Kamera hadapan untuk swafoto pula 8MP sedia bersama ciri potret daripada vivo.
Dari segi paparan, ia disertakan skrin HD+ bersaiz 6.51 inci dengan nisbah aspek 20:9 dan nisbah ke badan 89%.
Dijual dalam dua warna iaitu biru dan putih, anda juga boleh mendapatkannya melalui dalam talian Klik di sini untuk pembelian melalui Shopee atau sini melalui Lazada.
Layari laman web vivo untuk butiran lanjut mengenari vivo Y21T.
Baca juga: