Beberapa hari lepas laporan mengatakan siri vivo X70 dijangka tampil dengan sensor lebih besar. Terbaru, ia dikhabarkan akan hadir dengan beberapa penambahbaikan lain.

Menurut Digital Chat Station, siri terbaru ini akan hadir dengan sensor 1/1.5” beserta penstabilan imej 5-paksi untuk rakaman lebih lancar dan terang.

Jika benar, ia akan menjadi yang  pertama dengan ciri tersebut kerana kerana kebanyakan telefon pintar sekarang dilengkapi penstabilan imej 3-paksi.

vivo dilihat antara jenama yang cukup aktif dalam penghasilan teknologi kamera pada telefon pintar seperti siri X60 dan V21. Jadi tidak mustahil untuk mereka meningkatkan lagi kemampuan penstabilan imej menerusi gimbal yang tersedia.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan ciri dan teknologi terbaru yang akan diperkenalkan oleh vivo dalam masa hadapan.

Sumber: 91mobiles

Baca juga – vivo Nak Buat Telefon Pintar Dilengkapi Kamera Dron Mini

Baca juga – vivo Tawar Lanjutan Waranti Dan Khidmat Pelanggan Online