Pada akhir Disember tahun lalu, vivo telah melancarkan siri telefon andalan mereka iaitu vivo X60. Pada acara itu, 2 model yang diumumkan adalah vivo X60 dan juga vivo X60 Pro

Terkini, vivo menerusi laman Weibo secara rasmi telah mengesahkan satu lagi model dalam siri vivo X60 akan dilancarkan pada 21 Januari depan. Dinamakan sebagai vivo X60 Pro+, ia merupakan peranti paling berkuasa dalam siri tersebut.

pelancaran vivo X60 Pro+

Selain tarikh dan masa, tiada perincian lanjut mengenainya yang didedahkan buat masa ini. Bagaimanapun, spekulasi yang bertiup kencang menyatakan peranti ini mungkin hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888.

Bagi mengesahkan jika benar atau tidak, serta penawaran spesifikasi yang akan dimuatkan pada X60 Pro+, nantikan pelancaran pada 7.30 malam, 21 Januari 2021.

Sumber: Weibo