Beberapa hari yang lalu, vivo secara rasminya mengumumkan kerjasama dengan ZEISS, pembuat teknologi lensa terkenal.

Kini, vivo telah mengumumkan bahawa siri X60 dengan teknologi kamera dari ZEISS bakal dilancarkan pada 29 Disember 2020 ini dan dijangka 3 siri akan hadir – X60, X60 Pro dan X60 Pro+.

Seperti biasa dalam mana-mana siri vivo, fokus utama mereka adalah teknologi kamera pada peranti mereka.

Dalam penawaran mereka kali ini adalah ultra-stabil mikro gimbal dan juga optik ZEISS. Peranti ini turut akan dijana cip pemproses 5nm daripada Samsung Exynos 1080.

vivo X60 dilengkapi 3 kamera dimana 48MP kamera utama, 13MP ultra-lebar dan 8MP potret. Dijangka hadir dengan 2 varian – 8GB+128GB dan 8GB+256GB serta mungkin ditawarkan 3 warna iaitu biru, hitam dan shimmer.

Manakala vivo X60 Pro akan dimuatkan 12GB RAM dan 256GB storan sahaja serta dua warna ditawarkan – biru dan hitam. Kameranya pula dilengkapi quad-kamera iaitu 48MP utama, 13MP ultra-lebar, 13MP potret dan 8MP telefoto.

Kedua-dua peranti ini akan menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.55 inci dengan sokongan kadar penyegaran 120Hz. X60 hadir dengan skrin rata sementara versi Pro pula skrin melengkung.

Di dalamnya terbina bateri berkapasiti 4300mAh bagi X60 manakala versi Pro 4200mAh dan masing-masing menyokong pengecasan pantas 33W.

Buat masa ini, tiada maklumat spesifikasi yang ditawarkan pada vivo X60 Pro+. Namun, ia mungkin dijana cip pemproses Snapdragon 888 dan dilengkapi kamera yang lebih berkuasa.

Sumber: 1, 2, 3