vivo memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan majlis pelancaran rasmi bagi siri terbaru model telefon pintar vivo V21 Series iaitu V21 dan V21e.

Pelancaran bagi 2 model tersebut dijadualkan akan berlangsung pada hari Selasa, 27 April 2021 ini.

Pelancaran yang akan dibuat di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur itu dijangkakan akan turut menampilkan duta V21 iaitu pelakon popular Mira Filzah.

V21 tampil dengan kamera swafoto 44-megapiksel beserta bantuan sistem OIS. Ia juga dilengkapi dengan pilihan mod swafoto ‘Superior Night-time‘ untuk persekitaran rendah cahaya.

Selain itu ia juga mempunyai ciri unik ‘Dual Selfie Spotlight‘ dan ‘Screen Spotlight‘ pada satu peranti yang sama.

Untuk info awal tentang vivo V21 Series yang menyokong rangkain 5G ini, anda boleh melayari laman muka rasmi vivo Malaysia.