Setelah hampir tiga bulan dilancarkan, vivo V21 yang terkenal dengan kebolehan kamera swafoto kini hadir dengan warna baharu, Arctic White.

Untuk edisi khas ini, ia menampilkan sentuhan warna merah jambu dan putih elegan yang diinspirasikan matahari serta salji dari kutub utara.

Selain itu, ia juga menawarkan hadiah eksklusif seperti waranti tambahan 1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun, dan pengering rambut Khind.

Jika berminat, anda boleh dapatkannya pada harga RM1,599 bermula 10 Julai ini di kedai rasmi vivo atau Shopee dan Lazada.

Sedikit rangkuman, fokus utama vivo V21 adalah pada bahagian kamera swafoto 44MP yang menyokong sistem OIS. Ia juga mempunyai pilihan mod Superior Night-Time serta ciri Dual Selfie Spotlight, dan Screen Spotlight.

Sumber: siaran akhbar vivo Malaysia

Baca juga – vivo X70 Mungkin Didatangkan Dengan Penstabilan Imej 5 Paksi

Baca juga – vivo Nak Buat Telefon Pintar Dilengkapi Kamera Dron Mini

Kalau nak beli tekan bawah ni:
Shopee:
https://invol.co/cl4xdph
Lazada:
https://invol.co/cl4xdpr