vivo Malaysia telah sedia menawarkan V20 SE dengan pilihan warna Gravity Black dan Oxygen Blue. Kini, mereka telah memperkenalkan satu lagi pilihan warna baharu iaitu Aquamarine untuk pasaran tempatan.

Aquamarine merupakan warna hijau lembut yang mengambil inspirasi dari laut dan dipadankan dengan sisi kebiru-biruan. Dengan pilihan warna baharu ini, harga jualan masih lagi sama iaitu RM1,199.

Pra-tempahan vivo V20 SE Aquamarine ini telah pun dibuka sekarang sehingga 4 Disember 2020. Untuk setiap pembelian, anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM499. Anda boleh memilikinya melalui kedai atas talian Shopee, Lazada, dan juga laman rasmi vivo Malaysia.

Imbas kembali, vivo V20 SE hadir dengan skrin 6.44 inci AMOLED, cip Snapdragon 665, bateri 4,100mAh, pengecasan 33W, dan kamera utama 48MP.

Pra-tempah vivo V20 SE Aquamarine di:

Lazada: https://invol.co/cl1yp6p
Shopee: https://invol.co/cl1yp6p