Vivo akhirnya mendedahkan senarai telefon pintar yang akan menerima kemaskini Android Oreo 8.0.
Pengumuman tersebut dibuat pada perkongsian di forum, dan syarikat dari China itu menyatakan 7 buah model akan dinaik taraf kepada Android Oreo 8.0 menerusi Funtouch OS.
- Vivo X20
- Vivo X20 Plus
- Vivo X9s
- Vivo Xplay6
- Vivo X9
- Vivo X9 Plus
- Vivo X9s Plus
Senarai memperlihatkan model flagship dan tidak pula kelihatan model pertengahan. Dikhabarkan penawaran Funtouch OS untuk Vivo X20 akan dibuat pada pertengahan bulan April tetapi model-model lain belum dinyatakan tarikhnya.
Sumber: IT Home