vivo kini sedang menyiapkan pelancaran telefon terbaharu siri X60 mereka.

Terkini, jenama itu telah mengumumkan kerjasama bersama syarikat pembuat lensa terkenal Carl Zeiss. Kerjasama itu seperti yang dijangka akan membenarkan vivo menggunakan teknologi Carl Zeiss untuk kamera dalam telefon pintar mereka.

Carl Zeiss merupakan jenama pembuat lensa dan popular dalam penawaran teknologi kamera. Antara pengeluar termasyhur dalam menggunakan lensa Carl Zeiss contohnya seperti Nokia.

Dengan kerjasama ini, vivo akan mula mengaplikasikan teknologi Carl Zeiss ini bermula dengan siri vivo X60. Ia bakal dilancarkan pada 29 Disember di China nanti.

Siri “X” vivo seperti yang diketahui merupakan siri yang memfokuskan kepada fotografi premium.

Ditambah lagi dengan kerjasama jenama seperti Carl Zeiss, vivo kelihatan mahu menaikkan lagi aras kualiti dan penawaran kamera mereka ke tahap lebih tinggi.

Sumber: Gizmochina