Bagi memastikan anda mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Vivo Malaysia telah mengumumkan penghantaran percuma untuk setiap peranti yang dibeli.
Promosi penghantaran percuma ini dijalankan melalui platform beli-belah mereka iaitu vivo online store. Selain daripada itu, bakal pembeli juga layak untuk mendapatkan lanjutan waranti selama 6 bulan untuk pembelian yang dibuat.
Pembelian beberapa peranti terpilih akan diiringi dengan hadiah percuma seperti dibawah:
- Vivo Y11, Y15 (2020) – Botol air
- Vivo Y19 – Pembesar suara Bluetooth
- Vivo S1 Pro, V17 – Pemerah jus
- Vivo NEX 3 – Pek hadiah
Selain daripada vivo online store, peranti-peranti vivo boleh didapati di Lazada dan Shopee.