Siri vivo V telah genap 8 tahun dalam perjalanannya dalam memberikan Malaysia pilihan peranti yang kompetitif, berbaloi dan menarik.
Sempena ulang tahun tersebut, vivo Malaysia akan menganjurkan pelbagai acara untuk meraikan sambutan ini dari 11 Mei ini hinggalah 12 Jun nanti.
Acara Pertama – Bring Your Old Device, Unlock New Savings
vivo Malaysia menawarkan pin tambah nilai RM100 kepada anda. Untuk menikmati promosi ini, anda hanya perlu membawa dan tunjukkan telefon siri vivo V anda yang lama ke stor konsep vivo berhampiran anda. Dan seterusnya membeli vivo V27 yang baharu.
Acara Kedua – Kolaborasi Jenama vivo X Christy Ng
Kolaborasi ini memperkenalkan sebuah bag istimewa yang direka khas oleh ikon fesyen Christy Ng sempena ulang tahun siri vivo V ke 8 tahun.
Mana-mana pembelian vivo V27 di stor konsep vivo atau atas talian akan layak untuk mendapat bag eksklusif.
Acara Ketiga – V Fans Nationwide Event
Kepada semua peminat vivo diseluruh Malaysia, vivo akan mengadakan acara kebangsaan di beberapa negeri seperti Penang, Sarawak, Johor dan Kuala Lumpur.
Antara tarikan utama adalah bengkel fotografi oleh vivo sendiri. Pelbagai hadiah dan jamuan menarik menanti anda dalam acara ini.
{suggest}
Sumber: Siaran Akhbar vivo Malaysia