Selepas pelancaran barisan Vivo X60 bulan lalu, Vivo turut memperkenalkan fungsi tambah RAM iaitu “Virtual RAM”.

Virtual RAM adalah teknologi yang boleh meningkatkan kuasa pemprosesan dengan meminjam daripada ruang storan dalaman peranti.

Konsep ini lebih kurang sama seperti yang digunakan di dalam komputer apabila RAM hampir mencapai kapasiti.

Sebagai contoh, Vivo X60 yang mempunyai 8GB RAM dengan storan 128GB boleh meminjamkan sehingga 3GB kepada RAM buat sementara menjadikan ia peranti 11GB RAM.

Dengan fungsi ini, pengguna boleh bermain permainan video, menyunting video, atau membuka sehingga 20 aplikasi latar dengan lebih efisien dan lancar.

Selain itu, Vivo turut membuat algoritma yang sentiasa mengutamakan aplikasi aktif ke RAM utama. Manakala aplikasi tidak aktif akan dipindah ke RAM maya untuk mendapat masa pemuatan yang optimum secara konsisten.

Antara peranti lain yang dilengkapi fungsi ini selain siri X60 adalah siri V21 yang baru dilancarkan minggu ini.

Sumber: siaran akhbar Vivo