Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Vivo Patenkan Rekaan Telefon Pintar Dengan Satu Butang Fizikal

Posted on Januari 11, 2020

Sekitar seminggu yang lepas, vivo telah memfailkan paten peranti dengan empat lubang pada skrin. Kali ini, satu lagi rekaan paten telah dibuat oleh syarikat pengeluar tersebut.

 

Seperti yang dapat dilihat dari lakaran, paten telefon bimbit vivo yang baru menggunakan reka bentuk skrin depan yang berlubang di sudut kanan atas. Saiz untuk dagu juga boleh dikatakan agak luas. Ia juga akan hadir dengan bicu audio di bahagian atas dan port USB-C di bahagian bawah. Selain itu, dapat dilihat terdapat hanya satu butang sahaja di sisi peranti.

Paten ini juga mendedahkan panel belakang telefon pintar. Dapat dilihat kuad kamera di bahagian atas dengan reka bentuk kamera yang mengelilingi bulatan seperti gambar rajah di atas.

Akan tetapi, dengan paten reka bentuk ini tidak dijanjikan akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress