Kamera pop-naik (pop-up) bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena telefon pintar. Namun, apa yang cuba dibawakan vivo kali ini amatlah unik.

Hal ini kerana mereka dilaporkan telah mempatenkan sebuah kamera ‘pop-up’ bertingkat. Malah, ia bukan untuk swafoto. Sebaliknya ia menghadap ke belakang. Dikatakan, kamera tersebut bertujuan untuk fungsi super telefoto zum.

Kamera itu jika dilihat ibarat lensa telefoto yang digunakan pada kamera DSLR dimana ia akan memanjang apabila pengguna zum. Selain itu, telefon tersebut tidak kelihatan paparan berlubang kerana ia menggunakan kamera di bawah skrin.

Bagaimanapun, ini hanyalah paten dan konsep yang vivo cuba ketengahkan. Mungkin ia akan dipasarkan secara komersial dan mungkin juga tidak.

Sumber: Letsgodigital

Baca juga artikel berkaitan: