Setiap tahun dunia teknologi diperkenal dengan pelbagai rekaan modul kamera yang unik oleh pengeluar telefon pintar. Ada yang boleh pop-up, berputar, bentuk petir, dan macam-macam lagi.

Sebelum ini Xiaomi dan vivo pernah dikaitkan dengan konsep kamera boleh cabut. Terbaru, vivo membawa konsep ini ke peringkat seterusnya dengan rekaan telefon pintar dengan kamera dron mini.

 

Berdasarkan render 3D yang dihasilkan Sarang Sheth, sekurang-kurangnya dua kamera akan dimuatkan pada dron kamera telefon pintar ini. Satu di hadapan dan satu lagi dibahagian atas.

Selain itu, kamera dron ini dilengkapi empat bilah kipas dan tiga sensor jarak inframerah untuk memastikan dron tidak berlanggar semasa terbang. Seperti dron-dron lain, ia akan dikawal terus menerusi skrin telefon pintar terbabit.

Rekaan ini sememangnya dapat membuka lebih banyak ruang kreatif kepada pengguna semasa merakam gambar atau video. Tetapi seperti rekaan-rekaan lain, ia juga terdedah kepada pelbagai kelemahan.

Antaranya adalah hayat bateri, keupayaan jarak penerbangan, serta rekaannya yang kecil juga mungkin membatas kebolehan rakaman resolusi tinggi.

Walaupun ianya mungkin sukar untuk dijayakan, ini adalah konsep gajet yang menarik dan ternyata lebih maju.

Sumber letsgodigital

Baca juga – Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi realme GT Master Edition

Baca juga – Pengecasan 200W Xiaomi Mungkin Akan Dilancar Tidak Lama Lagi