Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Vivo Nak Bawa Masuk Telefon Baru Tak Lama Lagi

Posted on November 17, 2021

Siri Y daripada vivo sudah sedia bertapak di Malaysia dan tidak lama lagi, akan ada model baru ditawarkan kepada peminat tempatan. Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan vivo Y76 5G bakal dibawa masuk dan ia memfokuskan kepada hiburan serta gaming.

Buat masa sekarang vivo Malaysia belum mendedahkan lagi secara spesifik tarikh pelancaran dan sebarang maklumat jualan telefon itu. Apa yang boleh digosipkan ketika ini, vivo Y76 5G mungkin versi global bagi vivo Y76s yang dilancarkan di China minggu lalu. Ini kerana kedua-duanya membawakan rekaan serupa.

Kalau dilihat dari segi spesifikasi, ia hadir dengan cip Dimensity 810, skrin LCD 6.58 inci bersama resolusi FHD+, dan kamera utama 50MP. Sama ada ia datang dengan spesifikasi serupa atau terdapat perubahan, sama-sama kita nantikan pengumuman dari vivo Malaysia.

Baca juga:

  • Masuk Hari Kedua, Aplikasi Grab Masih Ada Masalah
  • Samsung Ada Promosi Akhir Tahun, Boleh Dapat Kredit TnG e-Wallet RM6000
  • Cip 4nm Dimensity 2000 Laju, Capai Skor Lebih 1 Juta Di AnTuTu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress