Memahami ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lepas, vivo Malaysia terus menyumbangkan khidmat bakti mereka menerusi vivo Care Programme.

Program itu turut melibatkan kerjasama dari pihak badan bukan kerajaan (NGO) Refuge For The Refugees.

Melalui kerjasama itu, vivo menyampaikan pelbagai sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti barangan bayi dan kanak-kanak pada 100 buah keluarga di sekitar Lembah Klang.

Sumbangan berterusan ini adalah lanjutan daripada program yang dianjurkan oleh vivo tahun lalu iaitu kempen “Give A Little, Help A Lot”.

Menerusi inisiatif itu yang turut mendapat kerjasama Yayasan Sin Chew, vivo Malaysia telah menyumbangkan sebanyak RM10.00 dari setiap peranti mereka yang terjual melalui e-stor rasmi vivo selama sebulan dalam kempen tersebut.

Sumber: vivo Malaysia

Baca juga: vivo Malaysia Menyumbangkan Sejumlah RM7,420 Kepada Kelab Bola Sepak Pan-Disability