vivo Malaysia memaklumkan mereka telah berjaya menyumbangkan sejumlah RM7,420 kepada Kelab Bola Sepak Pan-Disability.

Sumbangan itu adalah hasil kejayaan kutipan daripada kempen yang dianjurkan vivo sebelum ini iaitu vivo Dream Field bersempena dengan pelancaran UEFA EURO 2020 lalu.

Menerusi inisiatif itu, vivo Malaysia menyumbangkan sebanyak RM35.00 kepada Kelab Bola Sepak Pan-Disability dari hasil jualan setiap unit telefon pintar yang terjual melalui e-kedai rasmi vivo Malaysia bermula dari 11 Jun hingga 11 Julai 2021.

Serahan sumbangan itu dibuat secara atas talian oleh Pengurus Jenama vivo Malaysia Raymond Teoh kepada Pengasas Pan-Disability Football Club, Sunny Shalesh yang turut disertai Fakri Raimi, salah seorang pemain Pan-Disability Football Club.

It was a great experience for us to be part of this vivo Dream Field campaign and to share our visions with everyone. Thank you vivo Malaysia for bringing us closer to the goal of accessing better facilities.” Fakri Raimi.

Sumber: Media vivo Malaysia

Baca juga: vivo Jenama Telefon 5G Kedua Yang Pesat Berkembang Di Dunia

Baca juga – Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia Penggunaan Data Mudah Alih

Baca juga – Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia