Selepas pelancaran bagi peranti vivo V17 dan V17 Pro pada tahun lepas, kini ura-ura mengatakan vivo Malaysia akan melancarkan vivo V19 pada Mac ini. Siri V ini memberi tumpuan dalam menyampaikan peranti dengan kamera resolusi tinggi.
Menurut sumber, V19 akan menampilkan paparan punch-hole dengan dwi kamera hadapan.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai fungsi lensa. Namun begitu, peranti ini dijangkakan muncul dengan sensor yang baik dalam menangkap swafoto mod potret. Sama-sama kita nantikan pada Mac ini.