vivo baru sahaja melancarkan siri telefon terbaru mereka iaitu vivo S9 5G dan vivo S9e 5G. Selain menyokong 5G, rekaannya juga mirip V20.

Namun, kunci utama telefon ini adalah spesifikasi yang dipertingkat iaitu hadir dengan cip pemproses 6nm yang baru.

vivo S9 dilengkapi cip MediaTek Dimensity 1100 yang dipadankan 8GB/128B atau 12GB/256GB. Paparan yang digunakan adalah AMOLED berukuran 6.44 inci, sokongan HDR10+ dan kadar penyegaran 90Hz.

Pada bahagian belakang, terdapat tiga tetapan kamera – 64MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Sementara kamera hadapan mempunyai dua kamera – 44MP utama dan 8MP ultra-lebar.

Dimuatkan bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan 33W pengecasan pantas. Telefon ini turut menjalankan antara muka OriginOS yang berasaskan Android 10.

Bagi vivo S9e, hampir kesemuanya adalah sama. Akan tetapi paparan hadapan hadir dengan rekaan water drop yang menempatkan satu kamera swafoto 32MP.

Dari segi dalaman, ia hanya dijana cip Dimensity 820 dan konfigurasi 8GB/128GB atau 8GB/256GB. Kamera belakang serta bateri masih sama dengan vivo S9.

Buat masa sekarang, telefon ini hanya terhad untuk pasaran China sahaja yang mana vivo S9 akan mula dijual pada 12 Mac. Ini adalah harga jualan bagi siri vivo S9:

  • S9 (8GB+128GB) – 2999 yuan (~RM1880)
  • S9 (12GB+256GB) – 3299 yuan (~RM2068)
  • S9e (8GB+128GB) – 2399 yuan (~RM1504)
  • S9e (8GB/256GB) – 2699 yuan (~RM1692)

Sumber: weibo via gsmarena