vivo X Fold+ merupakan pengganti kepada pendahulunya, X Fold dan menawarkan peningkatan yang lebih hebat. Hal ini demikian kerana X Fold+ mempunyai spesifikasi yang lebih maju dan baharu.
vivo X Fold+ dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1 dan datang dalam 2 variasi model – 12GB+256GB dan 12GB+512GB.
Bukan itu sahaja, skrin yang digunakan vivo X Fold+ adalah jenis LTPO bersaiz 6.53 inci (tertutup) dan 8.03 inci (terbuka).
{suggest}
Selain itu, skrin peranti boleh lipat vivo ini menawarkan resolusi 2K+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.
Menawarkan bateri saiz sebesar 4730mAh, vivo memberikan sekali pengecas yang pantas untuk peranti ini – pengecasan berwayar 80W serta pengecasan wayarles 50W.
vivo X Fold+ akan hadir dalam 3 variasi warna – Huaxia red, Qingshan blue, dan Phoenix gray. vivo X Fold+ akan dijual pada harga CNY9,999 (RM6,443) untuk variasi 12GB+256GB dan CNY10,999 (RM7,087) untuk 12GB+512GB.
Sumber: Siaran Akhbar vivo