Pada bulan Oktober tahun lalu, vivo telah diumum sebagai rakan rasmi telefon pintar untuk EURO 2020 dan EURO 2024.

Ini menjadikan vivo sebagai rakan kongsi telefon pintar pertama yang akan bekerja untuk acara pembukaan dan penutupan UEFA EURO pada 11 Jun dan 11 July nanti.

Terbaru, vivo melancarkan satu video kempen pengiklanan dengan mesej give your phone a break and be there for life’s beautiful moments”.

Baca juga – Beli Peranti vivo Di Lazada, Dapat Baucar Dan 50% “Cashback”

Selain itu, video itu turut menampilkan telefon pintar terbaru mereka iaitu siri vivo X60 dan V21 5G.

Menurut vivo, kerjasama ini turut memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan lagi pengguna global ke peminat baharu.

Ketahui lebih lanjut mengenai kempen terbaru ini di laman web vivo.

Baca juga – vivo V21 Dengan Sokongan 5G Dilancarkan Di Malaysia

Sumber: gsmarena