Trend sekarang ini menyaksikan bukan sahaja peranti mercu layak untuk mendapat teknologi rangkaian 5G, malah peranti kelas pertengahan pun sudah banyak yang menerimanya.
Terkini, vivo menambah model baharu vivo Y70S di bawah siri Y yang merupakan siri menawarkan kepada harga mampu milik. Ia menggabungkan rangkaian 5G, 3 kamera belakang dan juga merupakan peranti pertama yang dijana oleh cip Exynos 880.
Paparan peranti adalah berukuran 6.53 inci Full HD+ jenis LCD bersama-sama lubang pada sudut kiri paparan. Padanya, ia memuatkan lensa swafoto 16MP. Beralih ke bahagian belakang, terdapat lensa 48MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP depth.
Bersama-sama cip pemprosesan Exynos 880, ia dipadankan dengan memori sama ada RAM 6GB/8GB serta storan dalaman 128GB. Bateri peranti sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.
Peranti menjalankan FunTouchOS 10 berasaskan Android 10. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi peranti.
Di China, vivo Y70S dijual dalam 3 pilihan warna hitam, biru, dan putih bermula harga jualan CNY 1,998 (~RM1,216).
Sumber: vivo