Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

vivo Antara 3 Jenama China Paling Banyak Berbelanja Untuk Piala Dunia Qatar 2022 – Sehingga RM6.2 Bilion

Posted on Disember 13, 2022Disember 13, 2022

Jika anda tonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022, pasti perasan jenama seperti Hisense dan vivo banyak terpapar.

Tiga syarikat China paling banyak berbelanja ialah Hisense, Mengniu Dairy dan vivo yang menjumlahkan sekitar RM6.2 bilion ($1.4 bilion) untuk iklan dan tajaan.

Perbelanjaan mereka ini melebihi syarikat-syarikat Amerika Syarikat digabungkan.

Dalian Wanda Group ialah syarikat hartanah yang telah menandatangani perjanjian penajaan selama 15 tahun dengan FIFA pada 2016 dulu.

Syarikat itu juga pernah mempunyai pegangan sebanyak 20% dalam Atletico Madrid sebelum menjual sebahagian besar pada 2017.

Pegawai di agensi pengiklanan berkata bahawa iklan syarikat-syarikat itu dalam bahasa Cina di negara asal mereka mempamerkan mereka sebagai “jenama berkelas dunia”.

{suggest}

Dalam Piala Dunia Rusia 2018, 655.7 juta penonton adalah dari China.

Untuk ketahui cara tonton Piala Dunia 2022 secara percuma, klik SINI.

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress