Bermula dari 29 Oktober sehingga 3 November ini, Vivo Malaysia mengadakan tawaran istimewa buat semua peminat telefon pintar dengan mengadakan roadshow di Aeon Tebrau, Johor Bahru bersama Urban Republic dan bekerjasama dengan senQ di Aeon Kuching, Sarawak.
Kedua-dua program ini memperlihatkan Vivo Malaysia cuba untuk mempelbagaikan tawaran promosi menarik kepada pelanggan mereka di roadshow tersebut dengan setiap pembelian Vivo NEX 3, Vivo V17 atau mana-mana telefon pintar Vivo yang lain.
AEON Kuching Sarawak
Di Aeon Kuching, pelanggan layak untuk menerima hadiah percuma daripada Vivo Malaysia, seperti:
- Fon kepala bluetooth
- Smart Scale
- Bekas peralatan mandian
Manakala di Aeon Tebrau pula, promosi ini ditawarkan dengan ansuran bulanan dengan faedah 0% sehingga 24 bulan.
Di samping itu, sebuah telefon pintar Vivo S1 akan dihadiahkan kepada individu yang menyertai pertandingan “UR a Winner” di roadshow tersebut, di mana peserta dikehendaki untuk membeli tiket emas yang berharga RM99 sekeping terlebih dahulu untuk berpeluang merebut hadiah-hadiah yang disediakan.
AEON Tebrau, Johor
Di atas pembelian mana-mana produk Vivo di bawah ini, anda layak untuk menerima hadiah percuma, seperti:
Vivo NEX 3
- Kotak hadiah premium
- Penimbang berat badan bluetooth daripada Vivo Malaysia
- Powerbank
- Kad memori dari Urban Republic
Vivo V17 Pro
- Kotak hadiah V17 Pro
- Penimbang berat badan bluetooth daripada Vivo Malaysia
- Powerbank
- Kad memori dari Urban Republic
Vivo S1
- Fon kepala bluetooth daripada Vivo Malaysia
- Powerbank
- Kad memori dari Urban Republic
Vivo Y11, Y12 dan Y17
- V-Doll
- Botol daripada Vivo Malaysia
- Kad memori dari Urban Republic
Vivo NEX 3 boleh didapati dalam warna Glowing Night, dan V17 Pro pula berwarna Crystal White dan Knight Black. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Vivo Malaysia.