ViewSonic memang tidak asing lagi dalam arena monitor gaming. Kini, mereka hadir dengan monitor baharu, ViewSonic VX2718-P-MHD yang menyokong kadar penyegaran sehingga 165Hz.

Dari segi rekaan, ia tampil dengan skrin bersaiz 27 inci dan juga 24 inci. Panelnya pula adalah daripada VA yang mana cukup baik bagi kegunaan bermain.

Selain itu, ia mempunyai paparan beresolusi FHD 1920×1080 dimana resolusi yang kerap digunakan terutama permainan e-sukan. Gamut warna pula hadir dengan 72% NTSC dan sRGB 102%

Ia turut mempunyai ViewMode seperti mode bermain, Mac, Mono, teks, filem serta Web.

Tambahan lagi, masa tindak balas adalah 1ms dan hadir dengan Adaptive Sync yang dapat memberikan pengalaman bermain lebih baik.

Untuk sambungan pula, ia dilengkapi 2x HDMI 1.4 dan 1x DisplayPort 1.2 serta pembesar suara 2W terbina.

Jika anda berminat, monitor gaming ini dijual pada harga RM819 yang boleh dibeli bermula hari ini.

Sumber: Siaran Akhbar ViewSonic

Beli monitor ini di:
Lazada (https://invol.co/cl39ed7)
Shopee (https://invol.co/cl39efh)