Beberapa jam lepas, realme telah memuat naik imej dengan satu tarikh pelancaran pada 15 Disember nanti. Terbaru, video trailer Realmeow kini telah diperlihatkan.
This is how the story begins. The arrival, the alien, a destiny. “Sorry, forgot to knock.” Stay tuned, on 15 Dec 2020, the #realmeow is coming. #realme #DareToLeap pic.twitter.com/utxQBGlWqt
— realme Pakistan (@pakistan_realme) December 7, 2020
Berdasarkan poster yang dimuat naik di laman web realme, kemungkinan realme akan melancarkan kaca mata VR. Ia turut memperlihatkan Mark A. Walsh iaitu Pengarah Animasi Terkenal Dunia yang terlibat sebagai Perunding Kreatif Realmeow.
Bagaimanapun, realme buat masa ini belum mendedahkan apakah produk baharu yang akan dilancarkan kelak. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 15 Disember, 3.00 petang (waktu Malaysia).
Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari pihak realme.
Sumber: realme India