Hanya tinggal kurang dua bulan lagi sebelum siri ke-empat Marvel’s Avengers, Endgame ditayangkan. Sehubungan itu, video trailer kedua bagi filem berkenaan telah pun dikeluarkan semalam.
Seperti video yang pertama, trailer kali ini juga dimulakan dengan kata-kata dari Tony Stark(Iron Man).
Selepas itu, ia turut memaparkan beberapa babak imbasan semula daripada filem-filem MCU yang terdahulu.
Antara yang menarik perhatian pastinya penampilan watak Captain Marvel di penghujung video. Selain itu, ia juga menunjukkan kehadiran semula Hawkeye dalam pasukan yang sebelum ini tidak bersama dalam Avengers: Infinity War.
Babak yang menampilkan adiwira-adiwira Avengers mengenakan kostum baharu berwarna putih-merah dan berlogo Avengers juga mencuri tumpuan peminat.
Filem yang ditunggu-tunggu ini bakal ditayangkan di pawagam pada 26 April dan segala persoalan di minda peminat Marvel pasti akan terjawab nanti.
Sumber: Marvel Entertainment