Samsung Malaysia beberapa hari yang lepas telahpun mengumumkan secara rasmi harga bagi telefon pintar boleh lipat generasi terbaru mereka, Samsung Galaxy Z Fold3.

Diletakkan pada nilai dari RM6699 sehingga RM7099, tidak semua daripada kita berani untuk ‘membedah’ telefon pintar premium ini.

Tapi tidak mengapa, kita tidak perlu bersusah payah untuk melakukannya. Jika anda teringin untuk melihat bahagian dalaman peranti ini, saluran YouTube PBKreviews telah pun menerbitkan video tersebut.

Namun sekiranya anda berminat untuk melihat ulasan Samsung Galaxy Z Fold 3 dari kami boleh tonton video atau ikuti pandangan awal kami mengenai peranti ini – Inilah Samsung Galaxy Z Fold3, Pertaruhan Kali Ketiga Skrin Berlipat

Baca juga:

Kedai rasmi Samsung Malaysia;
Shopee:
https://invol.co/cl5m90q
Lazada:
https://invol.co/cl5m914