Dahulunya dikenali sebagai salah satu siri dibawah jenama Xiaomi, Redmi telahpun dipisahkan secara rasmi pada minggu lalu dan kini menjadi salah satu sub-jenama syarikat pengeluar dari China itu.
Sebagai permulaan, Redmi dilapor akan melancarkan sebuah peranti yang dipanggil sebagai Redmi X yang mana ia bakal dilengkapi dengan lensa 48MP.
Beberapa hari lalu, terdapat gambar-gambar Redmi X dikongsikan diinternet yang didakwa sebagai render image. Namun, gambar tersebut disahkan benar oleh CEO Xiaomi, Lei Jun, dan menyatakan ia adalah rupa bentuk sebenar peranti sub-jenama terbabit.
Mengiringi informasi diatas, menerusi akaun Weibo Redmi telah kongsikan ketahanan binaan gelas pada Redmi X yang mempunyai nama kod “Little King Kong”.
Spesifikasi lain masih belum dikongsikan dan untuk itu, sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dijadualkan pada esok 10 Januari 2019.
Sumber: Weibo Redmi