Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Video Raya Kontroversi Datuk Popular Akan Dirujuk Kepada JAKIM

Posted on April 25, 2022

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan video muzik hari raya kontroversi yang menampilkan usahawan terkenal berpangkat datuk akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ia adalah sebagai tindakan awal ke atas video kontroversi tersebut.

Kenyataan itu dimaklumkan menerusi hantarannya di akaun Facebook rasminya hari ini.

Dalam kenyataan itu juga beliau juga menasihatkan agar klip video seumpama itu boleh dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ianya boleh disorokkan hanya untuk tatapan peribadi empunya video sahaja.

Beliau juga menyeru semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama dikalangan rakyat Malaysia.

Sumber: Idris Ahmad

Baca juga:

  • 5 Sebab Kenapa Saham Netflix Jatuh Menjunam
  • Ikut Microsoft, Sony Pula Rancang Untuk Letak Iklan Dalam ‘Game’ PlayStation
  • Selamat Hari Bumi – Ini 10 Fakta Menarik Tentang Planet Kita

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress