Siri P terbaru dari Huawei, P30 telah dijadualkan pelancarannya pada minggu hadapan, 26 Mac 2019. Seperti kebiasaan, menjelang hari perasmian, bocoran informasi mengenai akan dikongsikan diinternet, seperti harga jualannya untuk pasaran Eropah.
Kali ini, dua video telah dimuat naik dilaman Twitter dan YouTube memperlihatkan rekaan serta ciri imbasan cap jari untuk peranti yang didakwa sebagai siri P30.
Video pertama menunjukkan ciri pengimbas cap jari pada skrin model P30 Pro. Secara mata kasar, kelajuan nyahkunci skrin dapat dibuat dengan pantas, lebih kurang sama seperti apa yang terdapat pada Galaxy S10.
#HuaweiP30Pro
Huawei P30 Pro hands-on video (via WHYLab). pic.twitter.com/zKlxBquPAh— Xiaomishka (@xiaomishka) March 20, 2019
Satu lagi video pula mamaparkan rupa bentuk sebenar peranti yang dikatakan dari model standard, Huawei P30. Bagi variasi ini, kelihatan bicu audio 3.5mm tersedia bersebelahan dengan port pengecasan USB-C dan pembesar suara.
Adakah anda salah seorang peminat siri P yang teruja menanti kedatangannya?