Beberapa pengeluar peranti telah mengesahkan bahawa mereka akan menghasilkan model peranti boleh lipat dalam masa terdekat. Bagi melengkapi peranti berkenaan, panel paparan BOE sering dikaitkan untuk digunapakai oleh mereka.
Perkara itu dilihat semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila satu video demonstrasi bagi peranti boleh lipat telah dimuat-naik oleh pakar tiris, Ben Geskin(@VenyaGeskin1) di laman Twitter-nya.
Foldable phones are coming! 👏
This is BOE foldable display demo (5.99" FHD+) pic.twitter.com/abPxWBCe2y
— Ben Geskin (@BenGeskin) September 4, 2018
Menurut beliau, peranti dalam video tersebut menggunakan panel paparan boleh lipat BOE yang bersaiz 5.99-inci dengan resolusi FHD+. Setelah dilipat, peranti itu hanya bersaiz lebih kurang satu tapak tangan sahaja dan tentunya akan lebih mudah untuk disimpan di dalam poket.
Pengeluar seperti Samsung, Huawei, Oppo dan Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka sedang dalam perlumbaan untuk menghasilkan peranti boleh lipat selewat-lewatnya tahun hadapan. Siapa dulu? Sama-sama kita nantikan pemenang perlumbaan alaf baru ini.