Bagi penggemar permainan video, bukan sahaja bermain games yang menjadi kegilaan mereka, malah mereka juga suka menghabiskan masa terluang untuk menonton video berkaitan permainan video yang diminati.
Buktinya, menurut laporan VentureBeat, kira-kira 500 bilion jam telah dihabiskan oleh pengguna YouTube untuk menonton video-video berkaitan dengan permainan video sepanjang tahun ini.
Bukan itu sahaja, setiap hari lebih 200 juta pengguna berbeza didakwa menonton kandungan permainan video di platform berkenaan.
YouTube sendiri mempunyai platform permainan videonya sendiri yang digelar YouTube Gaming. Antara kandungan video yang popular pula ialah penstriman permainan video PUBG, Fortnite dan Dota 2.
Malah, ada diantara penerbit kandungan video berkaitan permainan video yang mampu menjana jutaan ringgit sepanjang tahun lepas.
Sumber: VentureBeat