Jika sebelum ini pengguna WhatsApp hanya boleh mencuba versi beta aplikasi tersebut di peranti Android dan iOS sahaja.

Tetapi kini WhatsApp telah melancarkan versi beta untuk dicuba pengguna pada komputer pula.

Seperti semua tahu, WhatsApp kini sedang menguji ciri sokongan pelbagai peranti menerusi versi Beta di peranti iOS dan Android.

Jadi, penawaran versi beta WhatsApp untuk platfom komputer adalah langkah penambahbaikan untuk menyokong ciri pelbagai peranti tersebut.

Versi beta aplikasi WhatsApp untuk komputer ini ditawarkan untuk pengguna Windows dan macOS.

Apabila anda memasang versi beta WhatsApp untuk komputer, anda secara automatik menjadi penguji versi tersebut.

Bermakna, anda tidak perlu memasang secara manual setiap kali ada kemas kini untuk WhatsApp versi beta pada komputer.

Versi terkini WhatsApp beta untuk komputer ketika ini adalah 2.2133.1.

Antara ciri terbaru WhatsApp yang masih dalam pembangunan tetapi anda boleh cuba pada versi beta aplikasi ini adalah seperti ciri merakam mesej suara yang memaparkan gelombang audio serta mendengar kembali rakaman audio yang dibuat sebelum menghantarnya.

Ciri baru ini juga sedang diuji pada versi beta WhatsApp untuk peranti Android dan iOS.

Anda boleh memasang versi beta WhatsApp untuk komputer melalui pautan ini, WhatsApp Beta untuk Windows, WhatsApp Beta untuk macOS.

Sumber: Wabeta Info