Seperti sedia maklum, cip pemproses Samsung akan datang yang mungkin dinamakan Exynos 2200 mempunyai GPU daripada AMD. Malah, ia juga disahkan mempunyai ray-tracing dan variable rate shading.

Sebelum ini, FrontTron menyatakan tidak banyak telefon Galaxy S22 yang menggunakan cip terbaharu Samsung itu. Kini, beliau melaporkan bahawa pasaran Korea, Hong Kong, Asia Tenggara, Amerika Utara, China dan India akan ditawarkan cip Snapdragon 898.

Sedikit kelainan kali ini kerana kebiasaannya Exynos yang banyak ditawarkan kepada pengguna. Mungkin atas faktor prestasi yang dikatakan lebih baik, Verizon meminta Samsung untuk memberikan telefon yang dilengkapi Exynos 2200, bukannya Snapdragon 898 buat pasaran Amerika Utara.

Buat pengetahuan, siri Galaxy S di Amerika Syarikat memang diberikan dengan Snapdragon sebelum ini. Selain itu, bukan hanya Verizon, syarikat China Telecom juga dikatakan mahu Exynos 2200.

Nampaknya, cip pemproses terbaharu Samsung ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi walaupun belum lagi dilancarkan. Namun, Samsung menyatakan Exynos 2200 menghadapi sedikit masalah dalam pengeluarannya. Oleh sebab itu, tidak banyak pasaran tampil dengan cip tersebut.

Buat pegetahuan, prestasi cip Exynos 2200 ini dilaporkan mengalahkan cip Snapdragon 898 dan dikatakan hampir menyamai Apple Bionic.

Sumber: FrontTron, phonearena

Baca juga: