Valve baru sahaja melancarkan Hab Berita (News Hub) untuk platform terkenal mereka iaitu Steam bagi versi desktop dan mudah alih.

Hab berita ini berikan anda untuk mendapatkan pelbagai berita, kemaskini, acara atau pelancaran bagi permainan yang anda main atau anda ikuti.

Ia boleh diakses melalui aplikasi Steam dengan memilih News di bawah kategori Store. Anda boleh sesuaikan berita yang anda inginkan mengikut kehendak sendiri.

Sebelum ini, berita pada Steam hanya menampilkan sebilangan kecil laman berita permainan tetapi ciri Hab Berita baru ini membolehkan pengguna menambahkan kandungan dari sistem Steam Curator.

Tambah Valve, kemaskini dari curator berkisar dari blurbs hingga artikel penuh dan turut ada video YouTube yang boleh dimainkan secara langsung dalam feed berita.

Dengan pelancaran ini juga, pengguna kini lebih mudah untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan permainan dengan mudah termasuk mendapatkan notifikasi daripada berita tersebut.

Malah, dengan penawaran pada peranti iOS dan Android menjadikan ia lebih senang diakses pengguna pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Sumber: Steam via