Kemunculan telefon pintar gaming bukanlah satu benda yang sia-sia kerana semakin hari, banyak permainan mudah alih mula ditawarkan. Buktinya, PUBG Mobile jauh lebih popular berbanding versi abangnya di PC.

Melihat kepada fenomena itu, permainan League of Legends pula tampil dengan Wild Rift dan kemudian Apex Legends Mobile juga semakin hampir untuk rasmi kepada semua pengguna.

Kini, sebuah syarikat gaming dari China yang terkemuka NetEase telah mengumumkan sebuah permainan kompetitif 5v5 bernama Project M. Sekali pandang, ia saling tak tumpah seperti permainan Valorant.

Apabila melihat video yang dikongsikan, Project M menampilkan watak, senjata, kebolehan watak, antara muka serta peta yang kesemuanya serupa dengan Valorant.

Buat masa sekarang, percubaan beta sudah pun bermula untuk pengguna Android. Apa pendapat anda tentang permainan ini? Adakah anda gembira terhadap klon Valorant?

Apa-apa pun, Valorant Mobile masih belum ada tarikh rasmi dilancarkan dan NetEase juga bukan syarikat biasa-biasa dalam industri permainan mudah alih. Malah, mereka bijak mengambil peluang yang ada.

Menariknya, Project M ini seolah-olah memberi isyarat kepada Riot dimana sebelum Valorant dilancarkan, Riot menggunakan kod nama Project A untuk permainan tersebut.

Sumber: Project M, @ValorINTEL

Baca juga artikel berkaitan: