Roborock, sebuah jenama yang terkenal dengan vakum robotik kini mengumumkan ketibaan baharu siri Q5 Pro dan vakum robot Dyad Air.
Siri Q5 Pro
Siri terbaru ini dilengkapi dengan kuasa vakum berganda iaitu sistem berus DuoRoller dan kuasa sedutan 5,500Pa. Selain itu, siri Q5 Pro menggunakan sistem navigasi berasaskan LiDAR untuk mencipta peta terperinci di persekitarannya melalui aplikasi Roborock.
Vakum ini juga menawarkan sistem mengemop yang membolehkannya untuk vakum dan mop dalam masa yang sama.
Sehubungan dengan itu, versi terbaru, Q5 Pro+, dipasang bersama pengosongan automatik RockDock Plus dengan beg habuk penarafan E-12 yang berkebolehan untuk menyimpan habuk sehingga 7 minggu tanpa pengosongan manual.
Promosi pra-pesanan siri Q5 Pro ini hanya tersedia di Lazada
- Q5 Pro = RM1,499
RM1,799 - Q5 Pro+ = RM1,799
RM2,099
Dyad Air
Pembersih hampagas ini juga mempunyai keupayaan untuk menyedut dan mengemop secara serentak serta dilengkapi dengan sistem penggelek tunggal dengan kuasa sedutan 17,000Pa yang membolehkannya membersih sehingga 3mm dari tepi.
Roborock Dyad Air ini dilengkapi dengan penderia DirTect untuk melaraskan kuasa pembersihan dan bekalan air berdasarkan keadaan lantai sambil menjimatkan penggunaan tenaga.
Dengan berat kira-kira 4kg, hampagas ini dilengkapi dengan tangki pembersih berkapasiti 900ml dan tangki kotoran berkapasiti 770ml. Namun begitu, jangka hayat baterinya boleh bertahan selama lebih kurang 50 minit bagi setiap pengecasan.
Dyad Air ini tersedia di Shopee dan Lazada dengan harga RM1,699 RM1,999.
Roborock juga menawarkan tawaran untuk produknya yang lain pada 25 Oktober ini.
- S8 Pro Ultra = RM5,299
RM5,599 - S8 = RM2,499
RM2,699 - Q Revo = RM3,388
RM3,599 - Dyad Pro = RM2,199
RM2,399 - Dyad Pro Combo = RM2,499
RM2,899 - Q8 Max = RM1,899
RM2,199
Roborock juga memberi tawaran bagi setiap pembeliaan produk terpilih melalui Lazada yang bernilai RM259 serta produk yang bernilai RM599.90 dengan tambahan harga tidak melebihi RM10 bagi yang membeli melalui aplikasi Shopee.
Jualan Roborock 25 Oktober akan bermula pada jam 12 pagi di kedai rasmi iaitu Shopee dan Lazada.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Roborock