Bermula hari ini sehingga 22 Ogos, warganegara yang masih belum menerima tarikh janji temu untuk vaksin boleh dibuat secara (walk-in) mengikut kategori.
Bagi warganegara yang berumur 40 tahun ke atas atau individu yang ada komordibiti (tekanan darah tinggi, asma, obesiti dsb) boleh ‘walk-in’ di pusat PPV terpilih bermula 2 hingga 4 Ogos.
Manakala individu 18 tahun ke atas pula bermula 5 hingga 22 Ogos. Bagaimanapun, vaksinasi tanpa janji temu ini boleh dibuat pada jam 2 petang ke atas dan berdasarkan slot siapa cepat dia dapat.
Anda hanya perlu bawa kad pengenalan serta dokumen sokongan lain untuk membuktikan anda tinggal di kawasan Lembah Klang.
Walk-in vaccination for Klang Valley residents will begin this 2nd August at the Vaccination Centres (PPV) listed. Please take note that walk-ins will only be allowed from 2pm on first-come-first-serve basis. pic.twitter.com/hKLs80f2eu
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) July 31, 2021
Ini senarai lokasi PPV yang terima vaksinasi ‘walk-in’:
- KLCC, HCO F
- KLCC, HCO G
- KLCC, HCO H
- Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
- Hotel Wyndham, Klang
- Dewan Tun Abdul Razak, Sabak Bernam
- Dewan Komuniti Serendah
- Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang
- Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)
Tambahan lagi, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan turut memaklumkan bahawa warga emas yang masih belum menerima tarikh janji temu, boleh melaksanakan vaksinasi secara ‘walk-in’ di mana-mana pusat PPV di seluruh negara.
Baca juga artikel berkaitan: