Satu kajian baharu telah dibuat bagi mengetahui tahap keberkesanan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh pihak farmaseutikal Pfizer/BioNTech bagi menentang varian Delta.
Hasil kajian itu mendapati keberkesanan vaksin COVID-19 dari Pfizer/BioNTech adalah lebih cepat kurang keberkesanannya menentang varian Delta.
Penyelidik kajian itu menyatakan, keberkesanan vaksin Pfizer adalah pada tahap 90% selepas sebulan penerima menerima suntikan dos kedua vaksin tersebut.
Namun begitu selepas 2 bulan terima suntikan dos kedua, penyelidik mendapati tahap keberkesanan vaksin Pfizer akan berkurangan kepada 85%.
Selepas 3 bulan pula tahap keberkesanannya menangani COVID-19 menurun kepada 78%.
Tidak hanya kajian ke atas Pfizer, penyelidik juga menjalankan ujian tahap keberkesanan vaksin COVID-19 AstraZeneca dari Oxford.
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan vaksin COVID-19 dari AstraZeneca adalah pada tahap 67%. Tetapi ia akan berkurangan hanya sebanyak 6% sahaja untuk tempoh yang sama sepertimana Pfizer.
Sebelum ini telah dilaporkan tentang Pfizer dan BioNTech yang meminta kebenaran untuk melaksanakan dos ketiga vaksin COVID-19.
Mereka menyatakan dos ketiga berkesan dalam menangani varian baharu yang mudah berjangkit seperti Beta dan Delta berbanding individu yang hanya menerima dua dos sahaja.
Sumber: Statista, Independent
Baca juga: Pfizer Kata Dos Ketiga Beri Perlindungan Lebih Baik Untuk Varian Baru