Kerajaan dilaporkan telah meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech, kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas.

seperti semua sedia tahu, vaksin COVID-19 sebelum ini hanya ditawarkan kepada individu yang berumur dari 18 tahun dan ke atas sahaja.

Kelulusan tersebut dibaut menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-359 (DCA) hari ini.

Sungguhpun ia diluluskan untuk golongan berumur dari 12 tahun, KKM memaklumkan bahawa keutamaan pemberian vaksin itu tetap akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi.

Sehingga kini, vaksin COVID-19 belum ditawarkan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Ujian untuk golongan itu sedang dalam peringkat ujian oleh pengeluarnya iaitu Pfizer-Biontech.

Sumber: Bernama

Baca juga: Vaksin COVID-19 Pfizer Akan Diuji Ke Atas Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 12 Tahun